Sunday, May 12, 2013

(ENG) Short Note

Hello everyone ! Long time no see.hoho
This is my first ever entry written entirely in English.Sorry for the grammar yo ! hoho ~

As all of you are concerned,(have you ? =..=) I've been sleeping and lazing and sloth-ing and sleeping and lazing .. for quite a long time.Months maybe.yahuuu ~~

So,overall now I got the offer to further my study in matriculation in Kolej Matrikulasi Perlis which.....suprisingly located 'far' from my home.Get it? KMP stated in Arau...and my house is in Arau.Very far right ? =..=




BAJET NAK TUNJUK JUGAK.WAKAKAKAA

Noticed something ? 27th May.Which apparently will be in next two weeks.And I still didn't accept the offer cause I'm still waiting for the local university.

Not that I low-standardised the matrics.In fact,matriculation is in my list.Alhamdulillah.Although at first,I have being a person that 'tak-boleh-terima-hakikat-dapat-arau' ,but praise to Allah,I've managed to calm myself and accept the decision.Allah has a better plan.We just planned rite ? haha.

And for sure,many of my friends got KMP also.Hoho boleh buat alumni tok sheikh.pfft.Okay,ignore the sentence.It is not in English.haha.

My parents asked me to wait for my application from local universities and also from MARA.They put hope on these and 60 % encourage me to go to local univ. no matter what do I get.Parents know the best rite ?And for MARA,the result will be announced on 14th May,this Tuesday.Needless to say that,I don't put any high hope for getting this convertible loan for the PILN programme.If ever I managed to get it,alhamdulillah.If not,I will not be offended.

It is a lie,if I said I never want to further my study overseas.It is the hope of every student.haha.Well,don't expect for that too much,or else you would be hurt too much also.hoho

The local universities admission is probably around the end of the month or the early next month.So,I speculated that the result would be announced somewhere around this week beginning tomorrow.Because starting tomorrow,the 3rd week of May is starting so apparently this speculation quite true.hoho.IDK,just guessing.hewhew.

K.that's all.I'll try to vary my sentences and my vocabularies on my next next entry.hoho.

Jazakallah hul khairan.

Tuesday, April 2, 2013

Masa Depan...(Ini benda serius.wkwkwkwkwwk)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Secara literalnya,kumpulan manusia berkelahiran tahun 1995 (tuuh skemanyaa wkwkwk) telah menamatkan zaman persekolahan menengah masing-masing (tuuu skema lagi =__= ).haha.lek lek.

So,amacam result korang ? OK ke KO ? It's okay,tak perlu rasa rendah kalau anda rasakan keputusan tersebut mcm boleh la atau teruk.Sebab SPM ni sebenarnya bukanlah penentu masa depan anda.Ia hanyalah kunci untuk anda hadapi masa depan anda yg sebenarnya.Memang selalu kita tngok pun kan,student yg kurang cemerlang dlm SPM,boleh jadi success apa msa dekat universiti nanti.

So,cheer up.Tengok dah video baru matlutfi ? KAHKAH..mmg padu video dia kali ni.Khas buat lepasan SPM cam kita *winkwink


Result aku lak camna ? *tanya diri sndiri* Hmm bolehlah..hihi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay,skrg kita tutup bab SPM,kita story lak pasal masa depan.So,lepas ni korang nak sambung mana ? Kali ni aku lak tnya hangpa.Pasai selalu aku pi mana mana ka,org selalu tanya soklan skeptikal mcm tu.Sama kot mcm dlam video kat atas.=__=.ikhlas kata,aku pun sebenarnya cri hala tuju lgi dalam hidup aku ni.Pada 5-10 tahun akan datang,akan apakah kerjaya yg aku nk jadi nanti.Sungguh,sangat rumit.Tambah-tambah kpd mereka yg sgt cemerlang.Betul ni.Pd pemikiran akulah kan,org yg cemerlang SPM nilah yg plg buntu memikirkan msa depan diorang lepas ni.Sebab,dgn result diorg yg serba canggih (hiperbola wkwkwk) tu,mcm mcm course diorang boleh pilih.Diorang pun boleh sesukati je nk pilih pre-u programmes mcm nk ambik diploma ke,asasi ke,matriks ke takpun diorang nk sambung tingkatan 6 amek stpm.Tapi bg diorang yg cemerlang ni sah-sahla diorang ke laut (overseas wkwkwkw).senang diorang nk dpt biasiswa dan tajaan.

Ohya,satu lgi perkara yg budak spm kena tahu,JPA dan MARA dh buat pakatan berdua (mengarut).So kiranya kalau korang apply for JPA,MARA dan takboleh ambik dan vice versa.So,kena pandai2 pilihla yee..hihi.Nak kata persaingan antara dua tajaan (no more biasiswa) terbesar tu tak boleh nak predict la sebab pendapat masing-masing.Tak de kayu ukur untuk tu.Yang penting korang apply je.Dan pilih program yg korang rasa,korang mampu bawak,mampu sambung sampai degree,master mahupun phD sekali pun.hehe.Dan yang minat ye.Tak minat tapi mohon pun tak guna jugak sebenarnya.Jangan pakai tembak.Tnya sama pokok diri sendiri,korang betul-betul minat apa.Kalau buntu lagi silalah buat solat hajat dan solat istikharah.Tanya pada Yang Esa.Lebih afdhal.Ibu bapa,guru2 dan kawan2 pun tetanya (ada ayt ceni? =__=) la,mintak pendapat okay :P

*sebenarnya semua ni peringatan untuk diri aku sendiri sebenarnya.kahkahkahkah

Haritu aku ada bukak satu link kat FB.Bursary KPM.Malang toi aku bukak link tersebut.Sememangnya TAK LAYAK.again TAK LAYAK.KPM bagi bursary percuma kpd pelajar yg dpt STRAIGHT A PLUS okay.A PLUS okay.sedihnyaaaaaa...

Tapi takpa lah,takde rezeki (ternyata di sini penulis tak dapat straight a plus T^T).huhu.Mungkin Allah aturkan rezeki aku kat tempat lain.SOMEPLACE AND SOMETHING BETTER.AAMIIN.:DDDDD

...................................................................................................................................................................

Okay,sesi motivasi sesama kita selesai dah kot.Kalau korang suma ada pendapat yg nak disharekan sila komen ye :D.

Main point now is apakah hala tuju aku lepas ni ? (bajet rojak keyyel).
Ok let's be specific.Apa yang aku nak sambung lepas SPM ni.Means the pre-u programme mcm matriks ke,asasi ke,diploma ke atau tingkatan 6.First of all,aku ingat aku tak nak masuk form 6.Bukan nak kata form 6 tu tak bagus.Form 6 skrg tersangatlah bagus kot.Sistem modular dah sekarang ikut semester universiti.Dan satu perkara yg perlu tahu pasal form 6 ialah graduan STPM snang dterima di universiti-universiti,even kalau gpa tak tinggi.Truth kot.Sebabnya stpm ni setaraf A-Level di UK.So,boleh expect kot betapa susahnya stpm tu.Tapi bukan nk kata pre-u programme yg lain tak bagus.Semuanya sama saja.It's all about our mindset.Kalau kita fikir susah,susahlah kita.

Ok so,we've down with matriks,diploma and asasi.As for diploma,ramai cakap yg aku ni tak patut ambik diploma.Aku pun taktau pasaipa.Diploma ambik masa atleast 3 tahun utk dpt diploma dan menariknya kalau korang ambik diploma,lepas grad je,korang dah boleh kerja dgn sijil diploma tersebut.Kutip experience dulu ke sebelum nak sambung degree bagi yang nak kerja lah.Kalau yang nak terus masuk degree yg selalu aku dengar intake bulan 9 setiap tahun tu..ada jugak kelebihannya.Haritu aku ada pergi ekspo kat universiti ni.Pegawai tu cakap,kalau dah habis diploma then nak sambung degree boleh buat credit transfer.Means,waktu belajar degree tu dipendekkan sebab kita dah belajar sikit masa diploma tu.Aku sebenarnya tak berapa faham pasal credit transfer ni tapi yg tu la aku faham.(ayat mcm keling =__=).Boleh grad awal la kiranya kalau excel.

As for matriks,aku ada gak blogwalking kat blog-blog random yg aku jumpa kat carian google tu sebab aku tak banyak kenalan yang boleh ditanya.Rata-rata blogger cakap matriks is a fast learning programme.Kira cepat dan laju laa.Kena pandai catch up contohnya.Aku tak berani nak kata lagi la..sebab aku tak pernah masuk matriks lagi.Program matrikulasi ni ada dua jenis.Pengajian Satu Tahun (PST) dan Pengajian Dua Tahun (PDT).Application untuk matrikulasi ni aku dah isi dah taun lepas sebelum periksa SPM lagi.Isi je,kalau rasa nak pi,pergila.Pasal cepat tu belakang kira.Pendapat masing-masing.Result matriks dikatakan keluar 25 April ni.Hmm..gementar jugak ni .kehkehkeh

Asasi la mungkin aku pilih sebab aku lebih minat ke arah tersebut.Walaupun aku mcm bajet je nak ambik foundation pasal selalunya yg ambek asasi ni pelajar2 cemerlang.Aku ni bukanlah cemerlang sgt.Satu satunya cara nak amek asasi di IPTA hanya melalui UPU.Alah ~ yang kena beli no. pin kat BSN tu...Ohya,info untuk spm-leavers,tarikh tutup untuk pengisian upu tu 15 April,kiranya dalam 2 minggu lagi.cepat isi ya,takut jammed.

Tak banyak universiti yang menawarkan program asasi kepada pelajar lepasan spm.Yang common,UiTM,UM,UNIMAS,UMS dan UIA.UiTM ngan UM agak general sikit kpd yg nak amek science tu.UiTM ada asasi sains manakala UM ada asasi sc hayat & fizikal.Kalau salah tolong tegur ya :D.Cuma UIA sahaja yang agak spesifik di peringkat asas nya.Perubatan,Pergigian,Farmasi,Bahasa Arab,Kejururawatan,Kejuruteraan,Seni bina etc.Dan degree kalau kat UIA pun dah difix kan di peringkat asas masing2.Macam kalau UiTM asasi sains boleh nak amek medik sebab masih general,pointer la kena jaga.Kalau UIA untuk asasi sains hayat contohnya,tak boleh sambung medik.Sebab dah ada asasi perubatan.So,tengoklah baik buruknya.

So,antara pilihan dalam borang upu tu ada gak la asasi.First choice aku...heheh..rahsia lah.Nanti kalau result diumumkan aku gitau okayy :D.

As untuk scholarship atau tajaan,aku masih setia dgn MARA,sebab aku mintak MARA.Kalau dpt interview pun alhamdulillah :D.

Rasanya tu ja lah dulu kot.Okay..tak berapa nak cerita pasal diri aku =__+.Mostly general knowledge.kahkahkah.wkwkwkw.hewhew..

Nanti apa apa lagi aku update yer...*mcm rajin ja >.<

ps:Korang semua bnyak tak terima surat tawaran dari IPTS ? kat aku bnyak gaklah sampai.hmm..dilemma woihh dilemma =__+

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
Wa ilali qaq !

Monday, March 4, 2013

Cita-cita aku masa aku kekanak Ribena

Hye ! Haluu !
 January - March
Agak lama gak eh aku tinggal blog ni kan ? Hehe
SEBULAN kot.Ekceli aku nak post,tapi aku ada penyakit kemalasan dalam diri ni yang asyik menghalang aku untuk spend time depan komputer,bukak blog,dan tulis entri ! Oh well,maybe writing skills aku dah semakin pupus kabur semenjak lepas SPM hampir 3 bulan lepas.Muahaha.

Okay.Okay.Back to the point.Ingat tak masa kita kekanak Ribena dulu,kita asyik pikir je apa kita nak jadi masa besaq nanti ? Tak pun mesti,dalam kelas cikgu-cikgu kita yang garang shumell akan tanya kita apa yang kita nak jadi masa besaq nanti ?haha.Aku pun tak terkecuali.In fact,aku pernah banyak kali terfikir akan apa cita-cita aku,akan apa aku nak jadi masa besaq nanti. ( sorry for the loghat . haha )

Apa tunggu lagi ? Let's cekidaut !

PELUKIS KOMIK/MANGA-KA

Aku suka komik dulu.Berpuluh-puluh komik ada.Tapi hak yang besa besa la.Yang tak da action action sangat,sebabnya aku tak minat action.Aku more kepada brain-used macam Detective Conan tu.haha.For your information,aku pernah tulis komik tau ! Seyes.Please la percaya.Percaya pi laaah.Tapi komik tu hanya berjaya setengah muka surat ja.HAHA.Sebabnya aku takde idea plus aku tak rajin nak lukis petak-petak hak border nak lukis watak tu.Seyes benci.Menyusahkan.Kengkadang tu aku pernah lukis komik penyiasatan sendiri ! Haha.Tapi tanpa border laa..Ohya,sememangnya hobi aku dulu memang lukis.Aku seronok lukis.Banyak dah watak komik rekaan aku sendiri masa kecik-kecik dulu aku lukis.Siap ada sekuel beb ! Tapi ntah sekarang 'harta' tu pun dah hilang mana.Sekarang pulak,hobi tersebut agak jarang dah aku praktikkan.Bukan apa,aku sememangnya busy gak plus minat nak lukis dah makin hilang kabur.HAHA.Tapi kan,'harta' aku tu lebih baik aku tak jumpa balik.Malu woo kalau aku tengok balik.Gelak keraih patplohpat hari =_+



PENULIS

Dulu aku suka baca buku cerita.Banyak gak laah buku cerita yang aku ada.Novel ada dua-tiga ja.Tak ke pelik ? =__=.Niat nak tulis buku ni ekceli datang bila sahaja aku baca apa-apa bahan bacaan.Tak termasuk komik ok.HAHA.Pernah sekali aku nak tulis novel tau.Aku siap kira sehari satu page.Maka setahun dah ada 365 pages.Dah jadi satu novel pendek.Bersemangat gila time tu.Sanggup perah kepala reka jalan cerita cena cena cena.Dan korang tau apa jadi ? TAK JADI PUN.Aku buat takdan sampai sekerat,takdan sampai setengah page pun,aku dah berenti.Hangat-hangat taik kucing laa aku ni..Memang perangai aku sejak azali lagi pun.Pernah,aku hantar satu cerpen kat satu laman web tau.Online.Pastu seminggu gaklah aku cek kot-kot karya aku yang picisan tu tersiar.Seminggu.Sebulan.Setahun.Haram.Tak siar pun.Then,cita-cita aku tu pun terus terkubur.Last time aku tulis cerpen masa SPM English.Aku pilih hak narrative punya.Seyes,first time gak arhh aku pilih narrative punya soklan.Ya.Bapak pilih soalan yang tak pernah aku buat sebelum ni.Tapi,kalau kita tak mencuba,macam mana nak tahu berjaya , ya tak ? Tapi hak hantar cerpen online tu memang haram tak berjaya.Hish

GURU

Ya.Sila buat muka beruk tak percaya kepada saya.Saya pernah nak jadi cikgu.Mengajar anak bangsa sehingga berjaya ! Ceewaah.=__=.Aku tengok dulu,syok pa jadi cikgu.Bagi homework kat student,then balik rumah takyah dok pikir pikir nak pi tuisyen laa,buat homework laa etc.Tapi sebenarnya salah suma tu.Tugas cikgu berat kot.Tapi itulah,pekerjaan seorang guru adalah yang paling baik sekali.Pernah dengar kan ungkapan 'Silap guru,rosak satu generasi'?  Betapa besarnya tugas guru ni.Aku dulu best pasal jadi cikgu ada cuti-cuti setiap minggu.Siap ada cuti hujung tahun lagi,Tak macam hak kerja pejabat.Pastu pulak pi mana-mana ka,kalau orang tau yang kita ni cikgu,dia akan gesture kita sebagai 'cikgu' juga,walaupun kita ni bukan mengajar dia pun.haha.So,korang lebih baik hormat pada cikgu korang.Kalau tak,tak berkat ilmu woo.*ehh ada kena mengena ka dengan ayat sebelum tu? =__=*

PRAMUGARA (terfikir)

Yaaa.Sila gelak dan ketawa sesuka hati anda.Yaa.ketawa lagi.Lagi Lagi Lagi Lagi

Dah habis ? Ok meh baca

Sebenarnya hak ni bukan masa kecik pon.Haha.Idea  timbul masa aku first time naik flight pi Jerman dua tahun lepas.Eh.Memang hak tu pun satu-satunya.Saya ni mana selalu naik flight.wuwu =__=.Dalam flight tu,aku tengok semua air cabin dia perempuan je.Ada gak la sorang dua lelaki.Yelaa.Pilot ngan copilot.=__+.So,aku terfikir,pramugara ni pupus ke ? Haha.Kalau korang tengok iklan pun kan,yang selalu muncul mesti cik jelita si peragawati eh pramugari kan ? Mana yang lelakinya?Eh jap,ada kena mengena ka ngan cita-cita aku ? =__=
Sebenarnya aku tak pernah terpikir pun nak jadi pramugara *nampak tak paradoks nya di situ ngan tajuk kat atas* tapi kan best jadi air cabin.Boleh pi merata-rata.Boleh tengok orang putih (jakunnya) dan boleh tengok pramugari cantik-cantik.eh..tak tak.haha

PENTERJEMAH

Idea ni datang mencanak bila aku tahu serba sedikit Deutsch.Yaa..memang aku ni berlagak kan.=__+.Deutsch aku pun kiok,ada hati nak jadi translator.HAHA.Bukan apa,sebab aku tengok Deutsch ni masih belum dapat tempat dalam kalangan masyarakat lagi.Jadi apa salahnya kalau aku memperkenalkan bahasa ni.Ceewaah !! =__=.Lagipun sememangnya aku terpengaruh ngan kawan aku yang rasanya dia pun terpengaruh gak kata nak jadi translator.Jadi tukang terjemah kalau sapa sapa menteri ke yang nak gi Deutschland tapi taktau speaking Deutsch.Boleh tipu samaa diaa =__+.Gaji pun lumayan wooooo

DOKTOR (In Shaa Allah)

Yang ni agak kuat gak lah dalam pemikiran aku.Dulu,ayah aku cakap nak suruh aku jadi doktor.Haha.Tapi tu dulu,masa aku masih muda kecik-kecik lagi.Sekarang,my future is all depend on me.Suke hati aku le nak jadi apa pun.HAHA.Pernah dulu aku tulis ayat dalam bahasa Inggeris (bakunya) mcm ni la lebih kurang:

What is your ambition ?
My ambition is to be a doctor.

Why do you want to be a doctor ?
My father wants me to be a doctor.

Nampak tak ketidaktegasan dalam diriku ? =__= Haha.Tapi jadi doktor ni pun best.Boleh rawat orang (alasan paling common).walaupun asyik on call 24 jam sehari.Letih tu memang la letih,ye tak ? Kalau tak letih,bukan namanya kerja laa.Tapi dulu aku jakun sikit bab pekerjaan doktor ni.Aku tak tau dulu pasal on-call,surgery,paediatric,opthalmology,dan segala 'gy' lagi.Yang aku tau dulu,doktor pakai baju putih,ada stetoskop,cek badan,dan suka bagi cekelat =__=.Aku dulu ingat yang doktor ni pun tak kasi ubat.Orang lain bagi *memang betul pun secara realitinya kan ?* Dan pernah,aku pegang cita-cita ni agak lama.Walaupun dulu aku kiok dalam Math ngan Science =__=.Ya,dulu aku average performer je masa sekolah rendah.Aku tak menonjol.Science eh silap Sains aku dulu pun duk gagah gagah ja nak dapat A.Math lagi la.My enemy dulu.Pernah dapat D kot.Pastu dimomokkan kata doktor ni susah.Ya.susah susah susah.Sampai akhirnya,aku tak nak ada cita-cita dah.Aku tak pegang atas apa-apa kerjaya.Aku terawang-awang.HAHA.But then I realise that kalau kita betul-betul nak jadi sesuatu kita harus pegang,tak kira apa jua cabarannya.*waah,ada chance jadi pakar motivasi nii =__=*.And that what I still do it right now.

Tapi,kalau korang korang korang nak tau,apa cita-cita aku.Oops.Rahsia.Sebenarnya aku pun taktau.HAHA.Tapi setiap pekerjaan ada baik dan buruknya.Yang penting bagaimana kita mengatasi buruknya dan mencari baiknya.Cewaaah =__=

Okay.Bye :)

ps: Minta jangan share di Facebook ya.Haram. >:/   <--- muka tegas

Friday, January 11, 2013

UPU thingy

Hey,friends !

Okay,minggu ni seperti biasa anggur tak jadi.Penanam anggur seperti saya ni mana mampu nak menghasilkan anggur bermutu buat para pembeli luar sana.So,berhenti berharap.Ok.Enough,ridiculous intro.HAHA

Minggu ni bebudak lepasan SPM/STPM/Diploma/Asasi dan yang setaraf sibuk pasal pembelian no. pin UPU ni.Aku pun tak terkecuali.Maka,secara rasminya aku telah membeli no. pin UPU tu di BSN Arau pada Rabu lepas.

Gambar ? Tak yahla.I am not the person who shows everything that is mine. Pfft.Bajet di situ.

And anyway,what is so stressed about this UPU thingy?Bagi aku lah kan,agak pening sikit la pasal UPU ni.Dan rasanya bukan aku je,ramai lagi yang ada problem yang sama.haha.Okay,aku buat teruk :P

Sampai saat ini,aku tak isi lagi borang tersebut.Ya,agak kelakar di situ.Dah beli,tapi tak isi.Well,what do you expect ? Aku ni jenis yang sangat berhati-hati akan apa yang aku nak lakukan,so I like it to be done perfectly.Rasanya perlu minta bantuan ibu bapa pasal ni.Argh ! MASA DEPAN KU !

So,what I got in mind is to apply that ASASI.Perhaps from UiTM and UM.But,still they also show the pros and cons.HAHA.Pelajaran ASASI ni agak tough la sikit dari matriks.Entahlah.Matriks pun aku tak berapa nak minat.Pra-U (Form 6) lagi la! So,I think ASASI will be in my list.:)

Now,still search and researching the programmes.Tak rasa nak isi lagi.Lagipun deadline nya bulan 4 nuh.Lama lagi.Tapi lambat2 pun tak elok jugak.

Ohya.Result SPM tak tau bila.Oh man ! I'm friggin nerve when it comes to the result.How's my ninth sweethearts ? Are they allright ? Daddy will miss you.Nervous to cuddle cuddle you.But of course,with the 'prettiest' clothes ever ! In shaa Allah.AAMIIN.Pray for me.;)

Need to off now.Catch ya later ! Ohya,I'm wearing specs now.My eyesight gettin' trouble.Oh man !

Tuesday, January 8, 2013

The Railway Children

Hai lagi !


Ok,sebenarnya aku nak simpan entri ni untuk esok.Tapi,nanti lupa la pulak.So,aku postkan jugak malam ni.Ala ~ masih 'awal' lagi kut.Tak kan nak tidur dah ? HAHA

Anyway,tadi aku baca buku novel ringan adik aku.THE RAILWAY CHILDREN.

Biasalah,bebudak.Bukan suka sangat baca buku.Korang pun sama kan?Alah..mengaku aja lah..HAHA.

So,aku cakap kat dia nak baca,then dia bagi je.Tengok cover menarik jugak,so aku pun start membacanya.Waah,setiap page ada illustrasi ! Best betul budak Form 3 buku baru ni.

Ni lah cover buku tu ! Ok.tipu,bukan 100 % sama.Gambar je sama.Yang tepi-tepi tu tak.Dia punya background hitam siket.

Apa yang boleh aku katakan pasal buku ini ialah.FANTASTIC !!

Gila best ! Oh,lupa nak maklum yang buku 'The Railway Children' ni adalah buku Literature terbaru PMR start tahun lepas.Bebudak Form 3 macam adik aku dapat lah.

Cerita ini berkenaan ngan 3 beradik,Roberta (Bobbie),Peter,ngan Phyllis.Dorang terpaksa berpindah tanpa sebab bersama ibu dorang selepas kehilangan ayah dorang yang entah ke mana.Di tempat baru,dorang jumpa macam-macam orang especially yang kerja dekat stesen keretapi dan jumpa orang yang baik sudi bantu dorang yang dalam memerlukan.Dorang ni bila pindah jadi miskin gak la,sebab selama ni bapa dorang yang kerja.Nak tau cerita selanjutnya ?

Baca sendiri ! LOL

Ha...yang ni aku baca habis tau ! Ala ~ setakat 57 pages aje..ceh,berlagak la pulak :P
Tapi serious aku baca tak sampai sejam dah boleh habis.Tak caya tanya adik aku.HAHA

Snow

Hai Hai Hai !

Rindu aku dak ?

Ok.Dak =.=

Korang suka baca novel ?


Mungkin ya,mungkin tak kan? Budak perempuan suka lah baca novel.Yang tebal-tebal tu.

Tapi aku tak pernah baca pun.Entah,tak da rasa nak baca.HAHA.

Pun begitu,aku nak korang kenal perkataan ni:

BIBLIOPHILIA
Apa maksud bibliophilia ? Senang cite,bibliophilia ni ialah bookworms.Apa itu bookworms ? Ulat dalam buku ? =.=

 Bibliophilia or bibliophilism is the love of books. Accordingly a bibliophile is an individual who loves books. A bookworm is someone who loves books for their content, or who otherwise loves reading


kadang-kadang aku terfikir,kena mesti ulat ek ? kenapa tak kambing ke ayam ke?pelik pelik


HAHA.Sebenarnya,aku ni boleh lah diistilahkan sebagai bookworms atau bibliophile,tapi yang peliknya aku tak suka membaca novel sangat.Dan aku pun bukan pernah nak baca jurnal-jurnal ke,ensiklopedia ke apa ke jadah suma tu.

Dah tu yang kau gelar diri kau bookworm tu apesal ? Hek eleh,bajet je !

Muahaha.Lantak aku lah.Bukan pandangan aku ok.Orang luar yang selalu fikir aku ni bookworm.Walaupun sebenarnya tak sangat pun !

Tapi,seriously,best apa baca buku.Isi masa lapang,instead of lepak kat kedai kopi ! haha.

Oit ! Apa kena mengena post ni dengan tajuk kat atas tu ?

Alamak,terlupa lak aku.Aku sebenarnya nak show-off (bajet) buku novel yang aku ada.Muahaha.Ini dia :

Novel Orang Putih

Haha.Tapi sebenarnya kalau tak silap,novel ini ditranslatekan dari Bahasa Turki.Entahlah.

Buku ni sebenarnya mengisahkan seorang pemuda dari Jerman (YEAY !) ,Ka yang kembali ke tanah airnya di Kars.Sebenarnya aku pun bukan tau sangat jalan cerita dia.Sebab apa ye?Scroll bawah lagi satgi.Tapi jalan cerita dia ada kaitan dengan sejarah Turki yang mana menjadi sekular semasa pemerintahan Mustafa Kemal Attaturk dulu.Ada kena mengena ngan Islam gak la.




Sebenarnya,aku tak habis baca lagi.Muahaha ! Aku beli novel ni tahun lepas masa book fair kat Pacific.Baca bab awal,then aku terlupa baca sampai saat ini.In fact,masa aku menulis ni pun,aku pun tak sambung-sambung baca lagi.:P

Agaknya,boleh baca dah kut.Cuti pun panjang lagi ni :P

So kepada sapa yang minat sejarah macam AKU ,dapatkan lah novel ini :)

Post Tanpa Pengetahuan :P

WAAAH...Tengok  ! Tengok !


Blog ini sudah direnovate !

Korang nak tau,penat beb.Kena coding-coding semua..

Untuk korang jugak..HAHA

Ok.Bukan aku yang la.Orang lain.Aku bayar mahal punya kat dia haritu.RM 100 kuut ! Hanya untuk korang tau !

Ok.Aku tipu.Dia buat suka rela je pun.HAHA.Syok dak kena tipu dua kali? Ok.Tak Menarik.Whatever.Cee..bajet !

Siapakah gerangan yang mencantikkan blog yang sememangnya tiada orang mengunjung ini? YA..Tak lain dan tak bukan ialah Aida Ismail

Blog dia lagi cantik.Ini dia link.

aidaismail95.blogspot.com

Thank you Aida :P

*Ha..yang tulis post yang ada gambar Panda ngan Kucing yang tulis 'Yang Benar:Saya' tu bukan kita tau.HAHA



meow !

MUZIK

Yay! Me already added a song into this blog.



Lagu ini saya tujukan buat... emmm... *cough* *cough*  my kitty cat, the HOT MEOWW!





Hikhikhik :B *gelak nerd*


Yang benar : SAYA :)

Monday, January 7, 2013

Saya Ahmad Syahmi

Hai semua! Nama saya Ahmad Syahmi Suaidi! Saya sangat teramat busuk dan masam. But it's ok saya happy je... kahkahkah!




Saya suka tidur. Hari-hari saya tidur *eh??* Apa-apa pun, it's ok saya rasa saya comel je... kihkihkih!
(ye ye saya tahu anda rasa nak muntah, go ahead. I don't mind pun) XP



Yang Benar : SAYA :)

Friday, January 4, 2013

HELLO WORLD !

YES,Huuuuu,nampak atas? HELLO ONCE AGAIN !It's 2013 folks ! I'm back ! 


     Dah agak lama aku tak update aku nye blog ni.Agak-agak berapa bulan eh? Entah ,aku pun tak mau ambik tau.Internet pun mcm babi fish..haih =.=

So,korang buat apa sekarang ni?Okay,okay,aku bagi pilihan:

1.Kerja
2.Suri rumah a.k.a bibik
3.SEKOLAH

See see?Nampak kenapa aku besarkan yang nombor 3 tu?Sebab sebab aku nak ucapkan selamat bersekolah semula kepada bebudak sekolah.Okay,dah lewat,harini pun dah 4 Januari.Mak cik kantin pun dah start masak *pe kaitannya* =.=.

Back to the world.


Hehe  .Aku takmau cakap.  Aku takmau ditakrifkan bongkak ke apa ke.  Tapi aku dah habis sekolah.  Apa?  Tak nampak?    HABIS SEKOLAH.    haha  .Okay.  Tak menarik.   Aku faham.  Sapa-sapa yang dah lepas SPM tu mesti dah bebas kan?

Cis,bohong.   Bebas la sangat.  Aku yang tak leh nak keluar bagai sebab xdak transport,bebas apa takrif lagu tu.

Argh.

Teruskan.  Dunia tak seindah yang disangka.Akhirat yang dicari.Waaah,kelas kau,syahmi !

Anyway,sempena 2013 yang hampir telah tiba ni,aku nak cite sikit yang pasal SPM tu.Aku tak dan nak cite waktu bulan 12.Sebabnya aku langsung tak terpikir pun nak tulis ini blog.Aku rasa aku pun tak ingat kata aku ada blog.  Nokharom.  Sampai ada dua.   Tak kan tak ingat.  Sumpah.tak ingat.

HAHA.amacam SPM?

Kalau hang tanya aku,KO lah jawabnya.terutamanya subjek 'feveret' aku tuh.  SEJARAH.  Nokharom.  'SENANG' kot  .Aku rasa bagi penguin jawab pun penguin gelak berdekah-dekah.Asal aku pilih penguin eh?

Argh.   Tak menarik.   Lupakan.

Anyway (lagi) ,soklan sejarah tu susah gak arhh.Aku tak leh jawab sangat part isi tempat kosong.Mau taknya?Lain yang dibaca benda monumen yang naik?


Ok.

Aku tak baca.

Fine.

K.

Bai.

Eleh,bajet lak.    Muahaha..lantak la syahmi oii.duk merapu sorang-sorang ni.

Haaaa...ni nak habaq mai.waktu exam Physics.Aku mintak kertas.Hampa taw dia bagi apa? kertas jawapan bertulisan Arabic.Erk.Pasaipa makcik ni?   Nyanyuk ke apa?  kita duk jawab BI,dya pi bagi Arab.Punch hole pun belah lain.  Terpaksa.  Jawab gak.  Walau hati ini dipenuhi cemuih tak terkata. Aku duk takut laa..Kut kut pemeriksa tak terima pasai kertas aku lain oo.Tapi mak aku cakap:

TAK PA EH.ORG TAK AMBIK KIRA PUN KERTAS.JAWAPAN TU PENTING

walaupun tak sure,beliau hanya menenangkan perasaan aku ke sememangnya tau,tapi aku lega la gak.Ye la kan.Terkeluar dari mulut ibu sendiri.Tenang je rasa.HAHA.

PART 3


Aik,mana part 2?

Argh lantak

peduli hapa.

Tutup buku SPM.Bebudak Pure Sc seluruh M'sia habis awal.28 hb kut.Ntah.  Tak ingat.  Nokharom.  Tak ingat lagi.hang ni gila arh syahmi.Duk tak ingat sesaja.Pi makan kismis nuuh.  Okay.  Merapu.  Sori.  K.  Bai  Bajet lagi.  Bajet 2013 laa katakan.  Nak gak rebat rm200.   Ok.   Merapu lagi.       sekali.

Okay.Habis je paper Bio,my father bawak gue (indon lak) gi daftar institut memandu.VROOOM.nampak kebudakannya.Waaah,syoknya drive.Boleh bawak kete.Okay.Harapan musnah.Institut dah takde orang.Tak daftar pun petang tu.Balik je.Pergi esok pulak.Okay je :)

Esok tengah hari,gi daftar.Waaah,terujanya terujanya.Ok.STOP.Aku daftar kat ILMU PANDU SDN BHD.ala kat seriab tuu..yg mini putrajaya tuu..Hmm Hmm.Aku ingatkan boleh dapat L terus belajar.Nak kena masuk ceramah lak 6 jam.  Nokharom.  Lamaaaanya..

HARI CERAMAH


Satu je nak kate.BORING  !

Penceramah pertama.Dia mohong pa taktau.Nak caya cam nak tak nak je.caya je la.

Penceramah kedua.Boleh tahan.  Cuma.  Banyak.  Cakap.  Laju.  Tak paham.  Tidur.  Ok.  Tak.tidur pun.

HARI UJIAN TEORI


Hok ni buat tempat lain.Aku pun pergi lah.Ingat sikit je.Naaah..bersusun kat tangga tu.Tunggu la kau jang.Dalam 2 jam baru aku boleh buat ujian.Laaamaaanyaa tunggu tak terkata dari sekejapnya aku jawab.Dahlah aku orang terakhir jawab.Mau tak gabra.Takdak sapa dah.Aku lulus.Alhamdulillah.Tapi sikit je.Nak banding ngan kawan pun malu.Berapa?Takyah tanya.

HARI AMALI


Cuih..nama je amali,tapi duk keja cakap ja dalam bilik tu.Pasal komponen dalam motor.Kalau amali kereta,komponen kereta la.Masa motor bawak gi sirkit.Sirkit kah?Tah,aku tak tau.Bukan nak buat pandu uji pun.Duk dengar depa cakap ja.Lenguhnye kaki Tuhan je tau.Balik lena jaa..Huhu

HARI PRAKTIKAL KERETA


Motor tak dak praktikal.Cukup-cukup 6 jam duk dengar orang ceramah ja.Ada 30 minit baki,boleh try test ujian.  Nokharom.  Susahnyee no 8 ngan titi.  Keje telanggar je.   Okay.

Aku je susah.

Orang lain try takdak telanggaq pun.

Kau je buat susah.

Kau je tak reti.

Kau bengap pandai.

Ye.YELAH.

Back to the world.


Dapat cikgu sempoi punya untuk kereta.Keja pakai spek je memanjang.Muda gi aku rasa.Entahlah.Dia ajaq la aku bawak kereta.   Ops silap    .pandu kereta.  HAA.baru betoi.Dia ajar la naik bukit,parking,tiga penjuru ngan bulatan.Okeyh,habis 3 jam,cop jari balik.

Aku nyer experience kat institut takat tu dulu.Skang dah dapat L.YEEEEHUUU..Yeehuu la sangat bukan boleh buat apa.Peram dalam dompet ja.Bukan boleh naik motor.Dah takdak nak naik pa?huhu..sedehnya hidup aku.Skang tunggu latihan je.Isnin ni latihan first untuk motor.Rabu tu pulak start untuk kereta.Hmm.Selamatlah hendaknya.huhuhu

KERJA?


Aku tak cari keje lagi.Lek lu ! bagi perabih buat latihan pekejadah suma dulu.Baru pikir nak keja.Cause (wah,bajet BI  !) nanti shif keje panjang.Tak dak masa yop ko nak gi belajar memandu.Result SPM pun tak umum lagi.So,kerja aku sekarang BUFFALO di rumah.bangun kul 10.  Awal kan?  Elok lah.  Nanti duk U tak sempat nak tido jang.Waktu Trial ngan SPM pun 3 jam ja aku tidur plus minus.huhu.Solat?Aku solat la.Ayah ibu aku bangun nak gi kerja,aku bangun sekali solat.Pastu tidur balik.Muakaka.Jangan ikut tau.:P

WEEEEEEEE TAK SABAR NYEEE LATIHAN.OKAY.OVER        K.BAI

Ohya,saya ada Twitter.YEAY !!

Follow saya : https://twitter.com/ahmadsyahmiDE

follow jangan tak follow.WAH KELAS KAU !

pssst : bila nak cantik-cantikkan you punye blog ni?Deyy,nanti nanti lah,internet mcm babi kera lagi ni.HAHA

Okay.Babai :)  (aku kena kurangkan tulis 'nokharom')