Monday, March 4, 2013

Cita-cita aku masa aku kekanak Ribena

Hye ! Haluu !
 January - March
Agak lama gak eh aku tinggal blog ni kan ? Hehe
SEBULAN kot.Ekceli aku nak post,tapi aku ada penyakit kemalasan dalam diri ni yang asyik menghalang aku untuk spend time depan komputer,bukak blog,dan tulis entri ! Oh well,maybe writing skills aku dah semakin pupus kabur semenjak lepas SPM hampir 3 bulan lepas.Muahaha.

Okay.Okay.Back to the point.Ingat tak masa kita kekanak Ribena dulu,kita asyik pikir je apa kita nak jadi masa besaq nanti ? Tak pun mesti,dalam kelas cikgu-cikgu kita yang garang shumell akan tanya kita apa yang kita nak jadi masa besaq nanti ?haha.Aku pun tak terkecuali.In fact,aku pernah banyak kali terfikir akan apa cita-cita aku,akan apa aku nak jadi masa besaq nanti. ( sorry for the loghat . haha )

Apa tunggu lagi ? Let's cekidaut !

PELUKIS KOMIK/MANGA-KA

Aku suka komik dulu.Berpuluh-puluh komik ada.Tapi hak yang besa besa la.Yang tak da action action sangat,sebabnya aku tak minat action.Aku more kepada brain-used macam Detective Conan tu.haha.For your information,aku pernah tulis komik tau ! Seyes.Please la percaya.Percaya pi laaah.Tapi komik tu hanya berjaya setengah muka surat ja.HAHA.Sebabnya aku takde idea plus aku tak rajin nak lukis petak-petak hak border nak lukis watak tu.Seyes benci.Menyusahkan.Kengkadang tu aku pernah lukis komik penyiasatan sendiri ! Haha.Tapi tanpa border laa..Ohya,sememangnya hobi aku dulu memang lukis.Aku seronok lukis.Banyak dah watak komik rekaan aku sendiri masa kecik-kecik dulu aku lukis.Siap ada sekuel beb ! Tapi ntah sekarang 'harta' tu pun dah hilang mana.Sekarang pulak,hobi tersebut agak jarang dah aku praktikkan.Bukan apa,aku sememangnya busy gak plus minat nak lukis dah makin hilang kabur.HAHA.Tapi kan,'harta' aku tu lebih baik aku tak jumpa balik.Malu woo kalau aku tengok balik.Gelak keraih patplohpat hari =_+



PENULIS

Dulu aku suka baca buku cerita.Banyak gak laah buku cerita yang aku ada.Novel ada dua-tiga ja.Tak ke pelik ? =__=.Niat nak tulis buku ni ekceli datang bila sahaja aku baca apa-apa bahan bacaan.Tak termasuk komik ok.HAHA.Pernah sekali aku nak tulis novel tau.Aku siap kira sehari satu page.Maka setahun dah ada 365 pages.Dah jadi satu novel pendek.Bersemangat gila time tu.Sanggup perah kepala reka jalan cerita cena cena cena.Dan korang tau apa jadi ? TAK JADI PUN.Aku buat takdan sampai sekerat,takdan sampai setengah page pun,aku dah berenti.Hangat-hangat taik kucing laa aku ni..Memang perangai aku sejak azali lagi pun.Pernah,aku hantar satu cerpen kat satu laman web tau.Online.Pastu seminggu gaklah aku cek kot-kot karya aku yang picisan tu tersiar.Seminggu.Sebulan.Setahun.Haram.Tak siar pun.Then,cita-cita aku tu pun terus terkubur.Last time aku tulis cerpen masa SPM English.Aku pilih hak narrative punya.Seyes,first time gak arhh aku pilih narrative punya soklan.Ya.Bapak pilih soalan yang tak pernah aku buat sebelum ni.Tapi,kalau kita tak mencuba,macam mana nak tahu berjaya , ya tak ? Tapi hak hantar cerpen online tu memang haram tak berjaya.Hish

GURU

Ya.Sila buat muka beruk tak percaya kepada saya.Saya pernah nak jadi cikgu.Mengajar anak bangsa sehingga berjaya ! Ceewaah.=__=.Aku tengok dulu,syok pa jadi cikgu.Bagi homework kat student,then balik rumah takyah dok pikir pikir nak pi tuisyen laa,buat homework laa etc.Tapi sebenarnya salah suma tu.Tugas cikgu berat kot.Tapi itulah,pekerjaan seorang guru adalah yang paling baik sekali.Pernah dengar kan ungkapan 'Silap guru,rosak satu generasi'?  Betapa besarnya tugas guru ni.Aku dulu best pasal jadi cikgu ada cuti-cuti setiap minggu.Siap ada cuti hujung tahun lagi,Tak macam hak kerja pejabat.Pastu pulak pi mana-mana ka,kalau orang tau yang kita ni cikgu,dia akan gesture kita sebagai 'cikgu' juga,walaupun kita ni bukan mengajar dia pun.haha.So,korang lebih baik hormat pada cikgu korang.Kalau tak,tak berkat ilmu woo.*ehh ada kena mengena ka dengan ayat sebelum tu? =__=*

PRAMUGARA (terfikir)

Yaaa.Sila gelak dan ketawa sesuka hati anda.Yaa.ketawa lagi.Lagi Lagi Lagi Lagi

Dah habis ? Ok meh baca

Sebenarnya hak ni bukan masa kecik pon.Haha.Idea  timbul masa aku first time naik flight pi Jerman dua tahun lepas.Eh.Memang hak tu pun satu-satunya.Saya ni mana selalu naik flight.wuwu =__=.Dalam flight tu,aku tengok semua air cabin dia perempuan je.Ada gak la sorang dua lelaki.Yelaa.Pilot ngan copilot.=__+.So,aku terfikir,pramugara ni pupus ke ? Haha.Kalau korang tengok iklan pun kan,yang selalu muncul mesti cik jelita si peragawati eh pramugari kan ? Mana yang lelakinya?Eh jap,ada kena mengena ka ngan cita-cita aku ? =__=
Sebenarnya aku tak pernah terpikir pun nak jadi pramugara *nampak tak paradoks nya di situ ngan tajuk kat atas* tapi kan best jadi air cabin.Boleh pi merata-rata.Boleh tengok orang putih (jakunnya) dan boleh tengok pramugari cantik-cantik.eh..tak tak.haha

PENTERJEMAH

Idea ni datang mencanak bila aku tahu serba sedikit Deutsch.Yaa..memang aku ni berlagak kan.=__+.Deutsch aku pun kiok,ada hati nak jadi translator.HAHA.Bukan apa,sebab aku tengok Deutsch ni masih belum dapat tempat dalam kalangan masyarakat lagi.Jadi apa salahnya kalau aku memperkenalkan bahasa ni.Ceewaah !! =__=.Lagipun sememangnya aku terpengaruh ngan kawan aku yang rasanya dia pun terpengaruh gak kata nak jadi translator.Jadi tukang terjemah kalau sapa sapa menteri ke yang nak gi Deutschland tapi taktau speaking Deutsch.Boleh tipu samaa diaa =__+.Gaji pun lumayan wooooo

DOKTOR (In Shaa Allah)

Yang ni agak kuat gak lah dalam pemikiran aku.Dulu,ayah aku cakap nak suruh aku jadi doktor.Haha.Tapi tu dulu,masa aku masih muda kecik-kecik lagi.Sekarang,my future is all depend on me.Suke hati aku le nak jadi apa pun.HAHA.Pernah dulu aku tulis ayat dalam bahasa Inggeris (bakunya) mcm ni la lebih kurang:

What is your ambition ?
My ambition is to be a doctor.

Why do you want to be a doctor ?
My father wants me to be a doctor.

Nampak tak ketidaktegasan dalam diriku ? =__= Haha.Tapi jadi doktor ni pun best.Boleh rawat orang (alasan paling common).walaupun asyik on call 24 jam sehari.Letih tu memang la letih,ye tak ? Kalau tak letih,bukan namanya kerja laa.Tapi dulu aku jakun sikit bab pekerjaan doktor ni.Aku tak tau dulu pasal on-call,surgery,paediatric,opthalmology,dan segala 'gy' lagi.Yang aku tau dulu,doktor pakai baju putih,ada stetoskop,cek badan,dan suka bagi cekelat =__=.Aku dulu ingat yang doktor ni pun tak kasi ubat.Orang lain bagi *memang betul pun secara realitinya kan ?* Dan pernah,aku pegang cita-cita ni agak lama.Walaupun dulu aku kiok dalam Math ngan Science =__=.Ya,dulu aku average performer je masa sekolah rendah.Aku tak menonjol.Science eh silap Sains aku dulu pun duk gagah gagah ja nak dapat A.Math lagi la.My enemy dulu.Pernah dapat D kot.Pastu dimomokkan kata doktor ni susah.Ya.susah susah susah.Sampai akhirnya,aku tak nak ada cita-cita dah.Aku tak pegang atas apa-apa kerjaya.Aku terawang-awang.HAHA.But then I realise that kalau kita betul-betul nak jadi sesuatu kita harus pegang,tak kira apa jua cabarannya.*waah,ada chance jadi pakar motivasi nii =__=*.And that what I still do it right now.

Tapi,kalau korang korang korang nak tau,apa cita-cita aku.Oops.Rahsia.Sebenarnya aku pun taktau.HAHA.Tapi setiap pekerjaan ada baik dan buruknya.Yang penting bagaimana kita mengatasi buruknya dan mencari baiknya.Cewaaah =__=

Okay.Bye :)

ps: Minta jangan share di Facebook ya.Haram. >:/   <--- muka tegas

1 comment:

  1. woot2...syahmi jadilah pramugara...haha..ok jangan..hai DOKTOR SYAHMI :D

    ReplyDelete