Tuesday, April 2, 2013

Masa Depan...(Ini benda serius.wkwkwkwkwwk)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Secara literalnya,kumpulan manusia berkelahiran tahun 1995 (tuuh skemanyaa wkwkwk) telah menamatkan zaman persekolahan menengah masing-masing (tuuu skema lagi =__= ).haha.lek lek.

So,amacam result korang ? OK ke KO ? It's okay,tak perlu rasa rendah kalau anda rasakan keputusan tersebut mcm boleh la atau teruk.Sebab SPM ni sebenarnya bukanlah penentu masa depan anda.Ia hanyalah kunci untuk anda hadapi masa depan anda yg sebenarnya.Memang selalu kita tngok pun kan,student yg kurang cemerlang dlm SPM,boleh jadi success apa msa dekat universiti nanti.

So,cheer up.Tengok dah video baru matlutfi ? KAHKAH..mmg padu video dia kali ni.Khas buat lepasan SPM cam kita *winkwink


Result aku lak camna ? *tanya diri sndiri* Hmm bolehlah..hihi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay,skrg kita tutup bab SPM,kita story lak pasal masa depan.So,lepas ni korang nak sambung mana ? Kali ni aku lak tnya hangpa.Pasai selalu aku pi mana mana ka,org selalu tanya soklan skeptikal mcm tu.Sama kot mcm dlam video kat atas.=__=.ikhlas kata,aku pun sebenarnya cri hala tuju lgi dalam hidup aku ni.Pada 5-10 tahun akan datang,akan apakah kerjaya yg aku nk jadi nanti.Sungguh,sangat rumit.Tambah-tambah kpd mereka yg sgt cemerlang.Betul ni.Pd pemikiran akulah kan,org yg cemerlang SPM nilah yg plg buntu memikirkan msa depan diorang lepas ni.Sebab,dgn result diorg yg serba canggih (hiperbola wkwkwk) tu,mcm mcm course diorang boleh pilih.Diorang pun boleh sesukati je nk pilih pre-u programmes mcm nk ambik diploma ke,asasi ke,matriks ke takpun diorang nk sambung tingkatan 6 amek stpm.Tapi bg diorang yg cemerlang ni sah-sahla diorang ke laut (overseas wkwkwkw).senang diorang nk dpt biasiswa dan tajaan.

Ohya,satu lgi perkara yg budak spm kena tahu,JPA dan MARA dh buat pakatan berdua (mengarut).So kiranya kalau korang apply for JPA,MARA dan takboleh ambik dan vice versa.So,kena pandai2 pilihla yee..hihi.Nak kata persaingan antara dua tajaan (no more biasiswa) terbesar tu tak boleh nak predict la sebab pendapat masing-masing.Tak de kayu ukur untuk tu.Yang penting korang apply je.Dan pilih program yg korang rasa,korang mampu bawak,mampu sambung sampai degree,master mahupun phD sekali pun.hehe.Dan yang minat ye.Tak minat tapi mohon pun tak guna jugak sebenarnya.Jangan pakai tembak.Tnya sama pokok diri sendiri,korang betul-betul minat apa.Kalau buntu lagi silalah buat solat hajat dan solat istikharah.Tanya pada Yang Esa.Lebih afdhal.Ibu bapa,guru2 dan kawan2 pun tetanya (ada ayt ceni? =__=) la,mintak pendapat okay :P

*sebenarnya semua ni peringatan untuk diri aku sendiri sebenarnya.kahkahkahkah

Haritu aku ada bukak satu link kat FB.Bursary KPM.Malang toi aku bukak link tersebut.Sememangnya TAK LAYAK.again TAK LAYAK.KPM bagi bursary percuma kpd pelajar yg dpt STRAIGHT A PLUS okay.A PLUS okay.sedihnyaaaaaa...

Tapi takpa lah,takde rezeki (ternyata di sini penulis tak dapat straight a plus T^T).huhu.Mungkin Allah aturkan rezeki aku kat tempat lain.SOMEPLACE AND SOMETHING BETTER.AAMIIN.:DDDDD

...................................................................................................................................................................

Okay,sesi motivasi sesama kita selesai dah kot.Kalau korang suma ada pendapat yg nak disharekan sila komen ye :D.

Main point now is apakah hala tuju aku lepas ni ? (bajet rojak keyyel).
Ok let's be specific.Apa yang aku nak sambung lepas SPM ni.Means the pre-u programme mcm matriks ke,asasi ke,diploma ke atau tingkatan 6.First of all,aku ingat aku tak nak masuk form 6.Bukan nak kata form 6 tu tak bagus.Form 6 skrg tersangatlah bagus kot.Sistem modular dah sekarang ikut semester universiti.Dan satu perkara yg perlu tahu pasal form 6 ialah graduan STPM snang dterima di universiti-universiti,even kalau gpa tak tinggi.Truth kot.Sebabnya stpm ni setaraf A-Level di UK.So,boleh expect kot betapa susahnya stpm tu.Tapi bukan nk kata pre-u programme yg lain tak bagus.Semuanya sama saja.It's all about our mindset.Kalau kita fikir susah,susahlah kita.

Ok so,we've down with matriks,diploma and asasi.As for diploma,ramai cakap yg aku ni tak patut ambik diploma.Aku pun taktau pasaipa.Diploma ambik masa atleast 3 tahun utk dpt diploma dan menariknya kalau korang ambik diploma,lepas grad je,korang dah boleh kerja dgn sijil diploma tersebut.Kutip experience dulu ke sebelum nak sambung degree bagi yang nak kerja lah.Kalau yang nak terus masuk degree yg selalu aku dengar intake bulan 9 setiap tahun tu..ada jugak kelebihannya.Haritu aku ada pergi ekspo kat universiti ni.Pegawai tu cakap,kalau dah habis diploma then nak sambung degree boleh buat credit transfer.Means,waktu belajar degree tu dipendekkan sebab kita dah belajar sikit masa diploma tu.Aku sebenarnya tak berapa faham pasal credit transfer ni tapi yg tu la aku faham.(ayat mcm keling =__=).Boleh grad awal la kiranya kalau excel.

As for matriks,aku ada gak blogwalking kat blog-blog random yg aku jumpa kat carian google tu sebab aku tak banyak kenalan yang boleh ditanya.Rata-rata blogger cakap matriks is a fast learning programme.Kira cepat dan laju laa.Kena pandai catch up contohnya.Aku tak berani nak kata lagi la..sebab aku tak pernah masuk matriks lagi.Program matrikulasi ni ada dua jenis.Pengajian Satu Tahun (PST) dan Pengajian Dua Tahun (PDT).Application untuk matrikulasi ni aku dah isi dah taun lepas sebelum periksa SPM lagi.Isi je,kalau rasa nak pi,pergila.Pasal cepat tu belakang kira.Pendapat masing-masing.Result matriks dikatakan keluar 25 April ni.Hmm..gementar jugak ni .kehkehkeh

Asasi la mungkin aku pilih sebab aku lebih minat ke arah tersebut.Walaupun aku mcm bajet je nak ambik foundation pasal selalunya yg ambek asasi ni pelajar2 cemerlang.Aku ni bukanlah cemerlang sgt.Satu satunya cara nak amek asasi di IPTA hanya melalui UPU.Alah ~ yang kena beli no. pin kat BSN tu...Ohya,info untuk spm-leavers,tarikh tutup untuk pengisian upu tu 15 April,kiranya dalam 2 minggu lagi.cepat isi ya,takut jammed.

Tak banyak universiti yang menawarkan program asasi kepada pelajar lepasan spm.Yang common,UiTM,UM,UNIMAS,UMS dan UIA.UiTM ngan UM agak general sikit kpd yg nak amek science tu.UiTM ada asasi sains manakala UM ada asasi sc hayat & fizikal.Kalau salah tolong tegur ya :D.Cuma UIA sahaja yang agak spesifik di peringkat asas nya.Perubatan,Pergigian,Farmasi,Bahasa Arab,Kejururawatan,Kejuruteraan,Seni bina etc.Dan degree kalau kat UIA pun dah difix kan di peringkat asas masing2.Macam kalau UiTM asasi sains boleh nak amek medik sebab masih general,pointer la kena jaga.Kalau UIA untuk asasi sains hayat contohnya,tak boleh sambung medik.Sebab dah ada asasi perubatan.So,tengoklah baik buruknya.

So,antara pilihan dalam borang upu tu ada gak la asasi.First choice aku...heheh..rahsia lah.Nanti kalau result diumumkan aku gitau okayy :D.

As untuk scholarship atau tajaan,aku masih setia dgn MARA,sebab aku mintak MARA.Kalau dpt interview pun alhamdulillah :D.

Rasanya tu ja lah dulu kot.Okay..tak berapa nak cerita pasal diri aku =__+.Mostly general knowledge.kahkahkah.wkwkwkw.hewhew..

Nanti apa apa lagi aku update yer...*mcm rajin ja >.<

ps:Korang semua bnyak tak terima surat tawaran dari IPTS ? kat aku bnyak gaklah sampai.hmm..dilemma woihh dilemma =__+

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
Wa ilali qaq !

No comments:

Post a Comment