Tuesday, June 26, 2012

Kembara Ahmad

Hello :) Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog.Rasa-rasanya dari bulan satu kan ? Argh,lantaklah.Sibuk kot.
Okay,aku tak nak intro banyak-banyak cuma kali ni aku blog sebab ada beberapa perkara yang banyak mengusik minda dan jiwa aku sejak beberapa bulan ni.*ceycey...ayat jiwang nak mampoih =.='

Okay,okay..First aku nak cerita pasal Exam Mid Year aku.Actually,aku tak harapkan result yang gempak atau result yang nak lawan orang yang sedia top *walaupu niat tu ada*.Tapi aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi,aku dapat result yang bolehlah aku tersenyum *ayat padu bak haang*

Tapi,sebenarnya memang tak expect.Seriously to say,terutamanya paper Chemistry.Yelah,aku dapat C+ ja haritu,so exam kali ni aku duk harap dapat at least B untuk paper Kimia.;)

Dahlah,aku sangat pressure bila dapat tahu yang Debate Final State Level dalam minggu periksa.Bayangkan.Nasib baik hari lawan tu,cuma ada dua paper ja.Pend. Sivik dan PJK.Yup,rasa tak pa kan kalau tinggal pun.Tapi bayangkan dekat laman web SAPS tu nanti ada dua subjek disenaraikan sebagai TH.Malu kot.Dan preparation for the debate memang tak cukup sebab betul-betul kena waktu exam yang core.Biology.Bayangkan,aku stay sekolah sampai pukul 4 dengan Internet sangat lambat dan kerisauan paper Bio esok dengan teks Debate tak siap.Stress kot.Nasib baik teacher sudi bantu.Dia yang cari,buat sampai tolong sedia bahan buat palm card.Tapi,takdir Allah,team debate english Tok Sheikh 2012 tak dapat masuk kebangsaan.Maybe salah satu faktor sebab buat  di sekolah sendiri.Rasalah.

Tapi,aku tak kisah pun.Dan lepas tu aku cakap kay diri aku sendiri yang aku nak stop segala aktiviti kokurikulum dan nak concentrate untuk SPM pulak.Sebab tu aku bye-bye Terengganu.;)

Dan akhirnya result aku memang yang tidak di-expect kan.Syukur.Tiada apa-apa kata selain ALHAMDULILLAH.:)

Okay,tutup cerita Exam Mid Year,kita bukak satu lagi cerita.Benda ni baru-baru ja berlaku.Tadi aku cakap aku nak stop segala aktiviti kokurikulum kan ? Okay,aku mungkir janji.Aku masuk lagi satu pertandingan.Pertandingan Forum Remaja.Okay,aku tahu aku keja masuk pertandingan cakap-cakap ja.Sampaikan kawan aku siap kata yang kalau pertandingan cakap-cakap,Syahmilah juaranya.HAHA.Sebenarnya tak pun.Ramai lagi la best speaker,selain aku.

Okay,berbalik kat Forum.Aku ni bukannya tahu pun Forum tu apa.Selain yang untuk ULBS aku buat bulan tiga haritu,lain tu aku taktahu.Nasib baik ada team Forum taun lepas.Diorang teranglah macam mana macam mana forum ni.Hmmm.Sebenarnya aku tak hingin pun masuk.Tapi aku kesian tengok team Forum tahun lepas nak cari ahli forum yang pandai cakap.Takpalah,last chance aku bagi.So,hafal-hafal teks then pergi bertanding kat SMK Syed Saffi.Jauh kan ? Bayangkan dari pukul 8 pagi kami tunggu,sampai 5.30 petang baru boleh sampai Tok Sheikh.Mau tak lama,13 sekolah zon selatan ambik bahagian.Tahun ni ramai pulak dari tahun lepas,kata team tahun lepas.Hmm...Takpalah,memang target tak mahu menang pun.Dapat sijil and pengalaman sudahlah,kan ?

Tapi,rezeki Allah kan ? Kami dapat Naib Johan Forum Remaja Peringkat Zon Selatan.Balik tu duk tertanya-tanyalah,mcam mana kami boleh menang ? Apa yang bestnya kami ni ? Tapi,semua redha,semua kata Allah yang beri rezeki.Tak da rezeki Bahas,rezeki Forum pun jadilah.

Sekolah ketiga teratas setiap zon (Perlis ada dua zon ja pun =.=) akan bertanding peringkat Negeri kat Perpustakaan Kangar (Orang panggil Library jaa).Okay,korang nak tahu bila kami berlatih.The one and only petang Rabu tu lepas Skor A ! Tu ja.Tak dan berlatih.Tak palah,tak mau pun pergi peringkat kebangsaan pun sebab mesti punya dekat tarikh Trial.So,tak kisah.Hari bertanding tu pergilah,tapi dapat nombor 4.Okaylah daripada dapat nombor last,ye dak ? Cuma tak puas hati mcam mana TSP boleh menang dari Agama Perempuan.Biased gilaa.Derma pun.Diorang rasanya low jugak performance dia.Tapi takpa,yang penting penyertaan dan pengalaman.

Haa...masa ni la aku nak cerita satu benda.Masa kat Library tu jumpalah seorang kawan.:).Sekolah mana takley la habaq.Cuma macam sebelum sebelum ni asyik chat,sembang online ja.Tak penah face to face pun.Haha...masing2 malu ja..Okay,tu ja benda nak cerita.Takley cerita banyak-banyak.

Dan harini,Nadine Rassman,kawan Jerman dah habis tempoh dia kat Tok Sheikh.Dan tak berapa minggu lagi,fly balik ke Jerman.Tahniah kat dia sebab dah boleh cakap dan tulis dalam bahasa Melayu.Aku pulak jadi malu sebab Deutsch aku pun teruk kut,semenjak aku tinggalkan bumi Deutschland.(Germany)

Okay,okay,aku tahu sekarang ni musim Euro 2012 Poland-Ukraine.Aku apa lagi,sokong Jerman lah.Hope dapat masuk Final and jadi juara Euro kali ni.Amiin.:)

Okaylah,setakat tu dulu.Penat jugak menaip ni.*Tinggal kerja Addmath ngan Math sebab susah =.=' *-alah,tanya je cikgu esok :P..

Thank you for reading.

----Panda nak masuk tidur >.<