Tuesday, June 26, 2012

Kembara Ahmad

Hello :) Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog.Rasa-rasanya dari bulan satu kan ? Argh,lantaklah.Sibuk kot.
Okay,aku tak nak intro banyak-banyak cuma kali ni aku blog sebab ada beberapa perkara yang banyak mengusik minda dan jiwa aku sejak beberapa bulan ni.*ceycey...ayat jiwang nak mampoih =.='

Okay,okay..First aku nak cerita pasal Exam Mid Year aku.Actually,aku tak harapkan result yang gempak atau result yang nak lawan orang yang sedia top *walaupu niat tu ada*.Tapi aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi,aku dapat result yang bolehlah aku tersenyum *ayat padu bak haang*

Tapi,sebenarnya memang tak expect.Seriously to say,terutamanya paper Chemistry.Yelah,aku dapat C+ ja haritu,so exam kali ni aku duk harap dapat at least B untuk paper Kimia.;)

Dahlah,aku sangat pressure bila dapat tahu yang Debate Final State Level dalam minggu periksa.Bayangkan.Nasib baik hari lawan tu,cuma ada dua paper ja.Pend. Sivik dan PJK.Yup,rasa tak pa kan kalau tinggal pun.Tapi bayangkan dekat laman web SAPS tu nanti ada dua subjek disenaraikan sebagai TH.Malu kot.Dan preparation for the debate memang tak cukup sebab betul-betul kena waktu exam yang core.Biology.Bayangkan,aku stay sekolah sampai pukul 4 dengan Internet sangat lambat dan kerisauan paper Bio esok dengan teks Debate tak siap.Stress kot.Nasib baik teacher sudi bantu.Dia yang cari,buat sampai tolong sedia bahan buat palm card.Tapi,takdir Allah,team debate english Tok Sheikh 2012 tak dapat masuk kebangsaan.Maybe salah satu faktor sebab buat  di sekolah sendiri.Rasalah.

Tapi,aku tak kisah pun.Dan lepas tu aku cakap kay diri aku sendiri yang aku nak stop segala aktiviti kokurikulum dan nak concentrate untuk SPM pulak.Sebab tu aku bye-bye Terengganu.;)

Dan akhirnya result aku memang yang tidak di-expect kan.Syukur.Tiada apa-apa kata selain ALHAMDULILLAH.:)

Okay,tutup cerita Exam Mid Year,kita bukak satu lagi cerita.Benda ni baru-baru ja berlaku.Tadi aku cakap aku nak stop segala aktiviti kokurikulum kan ? Okay,aku mungkir janji.Aku masuk lagi satu pertandingan.Pertandingan Forum Remaja.Okay,aku tahu aku keja masuk pertandingan cakap-cakap ja.Sampaikan kawan aku siap kata yang kalau pertandingan cakap-cakap,Syahmilah juaranya.HAHA.Sebenarnya tak pun.Ramai lagi la best speaker,selain aku.

Okay,berbalik kat Forum.Aku ni bukannya tahu pun Forum tu apa.Selain yang untuk ULBS aku buat bulan tiga haritu,lain tu aku taktahu.Nasib baik ada team Forum taun lepas.Diorang teranglah macam mana macam mana forum ni.Hmmm.Sebenarnya aku tak hingin pun masuk.Tapi aku kesian tengok team Forum tahun lepas nak cari ahli forum yang pandai cakap.Takpalah,last chance aku bagi.So,hafal-hafal teks then pergi bertanding kat SMK Syed Saffi.Jauh kan ? Bayangkan dari pukul 8 pagi kami tunggu,sampai 5.30 petang baru boleh sampai Tok Sheikh.Mau tak lama,13 sekolah zon selatan ambik bahagian.Tahun ni ramai pulak dari tahun lepas,kata team tahun lepas.Hmm...Takpalah,memang target tak mahu menang pun.Dapat sijil and pengalaman sudahlah,kan ?

Tapi,rezeki Allah kan ? Kami dapat Naib Johan Forum Remaja Peringkat Zon Selatan.Balik tu duk tertanya-tanyalah,mcam mana kami boleh menang ? Apa yang bestnya kami ni ? Tapi,semua redha,semua kata Allah yang beri rezeki.Tak da rezeki Bahas,rezeki Forum pun jadilah.

Sekolah ketiga teratas setiap zon (Perlis ada dua zon ja pun =.=) akan bertanding peringkat Negeri kat Perpustakaan Kangar (Orang panggil Library jaa).Okay,korang nak tahu bila kami berlatih.The one and only petang Rabu tu lepas Skor A ! Tu ja.Tak dan berlatih.Tak palah,tak mau pun pergi peringkat kebangsaan pun sebab mesti punya dekat tarikh Trial.So,tak kisah.Hari bertanding tu pergilah,tapi dapat nombor 4.Okaylah daripada dapat nombor last,ye dak ? Cuma tak puas hati mcam mana TSP boleh menang dari Agama Perempuan.Biased gilaa.Derma pun.Diorang rasanya low jugak performance dia.Tapi takpa,yang penting penyertaan dan pengalaman.

Haa...masa ni la aku nak cerita satu benda.Masa kat Library tu jumpalah seorang kawan.:).Sekolah mana takley la habaq.Cuma macam sebelum sebelum ni asyik chat,sembang online ja.Tak penah face to face pun.Haha...masing2 malu ja..Okay,tu ja benda nak cerita.Takley cerita banyak-banyak.

Dan harini,Nadine Rassman,kawan Jerman dah habis tempoh dia kat Tok Sheikh.Dan tak berapa minggu lagi,fly balik ke Jerman.Tahniah kat dia sebab dah boleh cakap dan tulis dalam bahasa Melayu.Aku pulak jadi malu sebab Deutsch aku pun teruk kut,semenjak aku tinggalkan bumi Deutschland.(Germany)

Okay,okay,aku tahu sekarang ni musim Euro 2012 Poland-Ukraine.Aku apa lagi,sokong Jerman lah.Hope dapat masuk Final and jadi juara Euro kali ni.Amiin.:)

Okaylah,setakat tu dulu.Penat jugak menaip ni.*Tinggal kerja Addmath ngan Math sebab susah =.=' *-alah,tanya je cikgu esok :P..

Thank you for reading.

----Panda nak masuk tidur >.<

Thursday, January 19, 2012

Relaxing !

Okay,so today after school I did nothing rather than sleeping *oops and onlining.I DID NOTHING...even I feel lazy to go to Add Math class this night . *Well , that's actually don't my real class either *

HAHA....CNY is coming and we got a break for a week ! Rebecca Black said :
Everybody was loooking out to the weekend
and...and

FUN...FUN...FUN...FUN

MUAHAHA

Yeah....Tomorrow is Friday,which means the end of this week,whicH mean...the holidays START !

but..

We've been burderned by homeworks...tonnes of it ....werghhhh...=,='
and mostly were History...LAME !!

but I think it's good for us,as the students.Although maybe some will don't work it out...HAHA...lazy me !

*I have unfinished report lab,moduls of BM assignment,drawing for Biology,Math,Physics,sheets and sheets of paper History and also Add Math (well,ada dua paper je,bahagianya !)

*Ha...esok ada merentas desa di sekolah.I hope I'll do the best. Insya allah...:) (not hoping so much )

Wednesday, January 11, 2012

My Way !

Hari ni aku nak share apa-apa yang aku buat untuk studi.MUAHAHA...STUDI ??
Biar betul bro ?? Yes,studi *okay,skema di situ.
 
Alah , actually aku bukan ada kerja pun petang ni , malam ni kut kalau ada . So, aku boring ,aku tulislah blog ni . Awat , tak boleh kah ? Sila tekan butang "x" kat atas . TQ.

Lagipun , korang yang D.O.B bermula dengan 95 takkan ingat SPM tu taun depan ? Honeymoon year is over bro ! Okay ,korang cakap ;

Weh , rileks lah .SPM je pun.ada dalam setengah tahun lagi nak prepare .

Okay,aku setuju di situ. Tapi korang yang cakap tu bolehla.Korang dah PANDAI.Yang aku ni ? Harapkan belas ihsan cikgu-cikgu je tahun lepas nak dapat "A-".Mau kalau SPM,mimpi je bro.

And maybe yang cakap ni daripada keluarga berada kot. Yalah , kalau ko FAIL pun, ko mintak mak bapak bagik duit masuk kolej swasta je. Form 6 ? Tak ade klass bro...

Tapi,mampuihla mak bapak aku nak tanggung aku further up studies nanti.Korang ingat kerja cikgu-cikgu ni lumayan sangat ke ? And aku tak mau mohon PTPTN..Tak pasal-pasal kena bayaq balik sekaligus tak bayaq blacklist pulak nama.So,aku kena struggle untuk dapat biasiswa . yes,bro, BIASISWA !! Korang ingat senang ke nak dapat ? Korang ada kabel dengan pihak yang menguruskan biasiswa tu pun belum tentu lagi.Tapi...UNTUNGLAH...

So, back to topic about what I do when I want to study..:)

1. MOOD

Ada sesetengah blog atau website bagitau , kita kalau nak studi tak boleh ikut mood . Kalau tidak tak studi la kita. Tapi aku tak . Aku akan cuba cari mood even aku memang tak sukakan subjek tu.Sebab kalau aku tak ada mood , subjek yang aku tengah belek tu tak akan masuk , satu butir pun . So,it's better I forced myself to find the mood ,rather than I forced myself to study without interest .

2.MASA REHAT

Part ni paling penting bro . Kalau tak otak korang tak akan masuk dan lekat . Just masuk , duduk sat then keluar ilmu tu. Seriously , memang akan terjadi . Tak payah try , buang masa ja. Lebih baik korang studi ikut masa yang sesuai ,masa yang korang agak best je nak belek buku . Then, dalam masa 3 jam atau 2 jam setengah rehat . Korang bolehlah surf tenet , layan FB ,tengok TV or just sembang-sembang.Then dah puas sambung balik. But make sure korang SAMBUNG BALIK.Jangan tinggal camtu je.Even for 10 minutes.Kalau korang aku tak taula,tapi bagi aku aku kena sambung balik sikit,recap-recap apa-apa yang aku dah baca sebelum rehat tadi bagi fresh balik and then baru berenti .

3.DISIPLIN

Part ni paling penting,Kalau korang tak disiplin , azam setinggi gunung Everest pun boleh berkecai . Kalau korang cakap nak studi at least 3 jam sehari , buat . Jangan skip.If you skipped one day , you will find it lazy to start again . Percaya lah cakap aku. Terutama yang buat jadual belajar. Buat apa yang ada dalam jadual tu . Jangan skip. Please.

4.RIADAH

Otak cerdas datang dari badan yang sihat.Yes,jangan terperuk 24/7 jam sehari dalam rumah.Tapi bagi kita students tak risau sangat cause 6 jam kita ada kat sekolah,bersosial beriadah belajar.Dah cukup bagus tu.Even korang keluar-keluar ambik angin pun dah okay.Ni termasuklah yang nombor dua tadi.Masa Rehat.

5.JANGAN KEDEKUT

Kalau korang ni pandai sikit,jangan kedekut kongsi ilmu.Toksah kekwat.Aku paling benci manusia macam ni.Kot nak tolong aku ka apa ka.Ciss...*sorry luahan di situ.Orang pujangga cakap , kalau kita menyebarkan ilmu kepada orang lain,ilmu yang kita ada tu akan melekat lebih kuat dalam ingatan kita.Even korang ajaq kawan yang x diminta pun , korang ajaq pi lah.And that's really true,Aku dah penah try,alhamdulillah.Sebab tu cikgu-cikgu kat sekolah kita takyah tengok buku pun kalau nak mengajar.

Aku rasa cukup kot aku tulis takat ni.Bukan apa la ni dah lewat . Aku ada hal malam ni . So,aku akhiri post dengan ASSALAMUALAIKUM WBT.

*Minta maaf kepada yang terasa.